Login
No account yet? Register
 
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
q4l2011.png

Special Assistant to Chairman

pa_to_chairman_2.png
logo_q4l.png
web_banner_cukai.png
front_yakmam_bi_co_converted.jpg
pengecualian_cukai.png
maaatfacebookeb8.jpg
twitter_logo_header.png
micro_web_banner.jpg

Hijriah Date

Jamadil Akhir
26
Friday
1433 HIJRAH
fast_to_feed_2.jpg
selamat_hari_bapa.jpg
my_kitchen_garden1.jpg
be_a_volunteer.jpg
aqiqah_foodaid.jpg
video_icon.jpeg
maa-katalog.gif

Members Area






Lost Password?
No account yet? Register

Latest Events

No events
How do you know about us?
 
logo_-_merchant.gif
Donate For Ummah
Shopping Online
Donate Online
Muslim Aid Asia
Fast 2 Feed 2010 di Sungai Ara Pulau Pinang

Lokasi: Pak Husin Tomyam, Sungai Ara Pulau Pinang
Tarikh: 4 September 2010
Program: Fast 2 Feed

Program Fast 2 Feed kini sudah berlangsung di Pulau Pinang dengan 10 buah keluarga telah menerima sumbangan food aid dan berbuka puasa. Program Fast 2 Feed di Sg Ara ini sudah masuk tahun kedua dan kali ini berlangsung di restoren Pak Husin Tomyam.

Program bermula jam 6.30 dengan ucapan dari wakil sukarelawan Muslim Aid dan saya sendiri sebelum majlis penyerahan sumbangan food aid dan duit raya. Program selesai selepas majlis berbuka untuk memberi laluan kepada solat Maghrib.

pemberian food aid kepada wakil keluarga fakir miskin

bersama sukarelawan Muslim Aid, en Zali

Pihak Muslim Aid sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk program Fast 2 Feed. Sememangnya pada perancangan asal, hanya 3 lokasi sahaja dipilih untuk program Fast 2 Feed ini. Namun begitu dengan respon yang cukup memberangsangkan, program Fast 2 Feed ini telah berkembang ke lebih dari 10 lokasi di seluruh Malaysia dan hampir 1000 warga yang memerlukan mendapat manfaat daripada program ini. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberkati para dermawan juga individu-individu yang telah memberi sokongan.
 
Pengagihan food aid kepada golongan pengemis dan fakir miskin sekitar Pulau Pinang


Lokasi: Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Tarikh: 4 September 2010

Masa: 4.45 petang

Program: Pengagihan food aid kepada golongan pengemis dan fakir miskin sekitar Pulau Pinang


Program Pengagihan Food Aid Kepada Golongan Pengemis dan Fakir Miskin di Sekitar Pulau Pinang berjalan dengan lancar. Program bermula jam 4.45 petang di Masjid Kapitan Keling dengan kehadiran 5 orang sukarelawan Muslim Aid yang semuanya dari golongan sukarelawan dan seorang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hampir 150 tin Qurban For Life diagihkan beserta dengan 100 buah buku roti benggali diagihkan kepada hampir 150 orang golongan pengemis dan fakir miskin di situ.

Assessment yang dilakukan sebelum ini mendapati kebanyakan pengemis dan fakir miskin dari kalangan orang-orang tempatan serta pelarian akan sentiasa berlegar di perkarangan Masjid Kapitan Keling untuk mengharap simpati orang ramai. Tidak sampai 15 minit kesemua food aid sudah habis diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

pasukan sukarelawan Muslim Aid bersedia dengan kotak daging qurban dan roti benggali

pengagihan dilakukan untuk mereka yang memerlukan

salah seorang pengemis di Masjid Kapitan Keling

food aid diagihkan kepada hampir 150 orang yang memerlukan


semuanya habis!

bergambar di Masjid Kapitan Keling dahulu sebelum pulang

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang melalui Muslim Aid terutama pada bulan Ramadhan ini dan juga ketika musim Qurban Eidiladha. Semoga dengan sumbangan anda semua, maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu dan moga usaha ini mendapat keberkatan dariNya.
 
Fast 2 Feed ep 3 di Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis

Lokasi: Pauh Inn, Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis
Tarikh: 1 September 2010
Program: Fast 2 Feed
 
Sebuah lagi program Fast 2 Feed sudah selesai dijalankan dan kali ini di Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis dengan kerjasama kelab Clickers. Seramai 41 orang anak-anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Perlis telah hadir dan telah ditaja untuk berbuka puasa. Program kali ini nampak lebih menarik kerana berlangsung di hotel Pauh Inn dan pelbagai jenis makanan telah dihidangkan dengan kos yang amat minima.

Cik Junniza, salah seorang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, juga pensyarah di Politeknik Perlis ini berperanan merancang dan memastikan program Fast 2 Feed ini berjalan dengan lancar. Program bermula jam 6 petang, diikuti dengan ucapan serta pemberian hamper dan duit raya kepada anak-anak yatim dan miskin dan kemudian berbuka puasa ringan sebelum menikmati juadah sepenuhnya selepas solat Magrib.



penderma bermesra dengan anak yatim

pelbagai jenis juadah dihidangkan

anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati menaja anak-anak yatim dan miskin ini untuk berbuka puasa dan mendapat duit raya. InsyaAllah program seterusnya akan berlangsung di Sg Ara Pulau Pinang pada 4 September 2010 dimana 10 buah keluarga miskin telah taja untuk berbuka puasa serta diberi duit raya dan bantuan food aid. Semoga para dermawan dan mereka yang telah memberi sokongan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah Taala.
 
Fast 2 Feed Episod 2 di UIA Kampus PJ


Lokasi: Dewan Al-Malik Faisal, UIA PJ
Tarikh: 27 Ogos 2010

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed episod 2 berjalan dengan jayanya di UIA dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia bersama FSCC dan Melex. Lebih 80 anak-anak yatim dan miskin diraikan dari ASDAF dan Madrasah Hashimiah pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Para dermawan turut hadir memeriahkan majlis dimana mereka berbuka bersama dengan anak-anak yatim yang telah mereka taja.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim ini berbuka puasa beserta dengan duit raya melalui program Fast 2 Feed. Semoga para dermawan dan individu-individu yang telah memberi sokongan mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah Fast 2 Feed episod 3 akan berlangsung di Politeknik Tuanku Sirajuddin Perlis pada 1 September 2010.

pemberian duit raya

para dermawan bersama anak-anak yatim dan miskin

wajah ceria anak-anak pelarian

selesai berbuka puasa bersama anak-anak ASDAF


anak ASDAF bersama para dermawan

sesi bergambar bersama anak-anak pelarian
 
Fast 2 Feed Ep1 2010 di ASDAF

Tarikh: 21 Ogos 2010
Program: Fast 2 Feed 2010 episod 1


Selesai sudah program Fast 2 Feed episod 1 2010 di ASDAF dengan kehadiran para penaja hampir 50 orang. Program bermula jam 6, dan ketibaan penaja disambut oleh anak-anak ASDAF. Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana promosi hanya dilakukan melalui Facebook dan email. Juadah ringan disediakan semasa berbuka puasa dengan kurma, kuih, bubur lambuk dan murtabak dan diteruskan dengan solat Magrib berjemaah. Selepas solat Margrib, jamuan berbuka dihidangkan secara buffet dan antara lauk-lauknya seperti ayam masak merah, udang sambal, pucuk paku dan tempe.

p8210058.jpg

46197_464756011146_737251146_7005433_4402732_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


p8210065.jpg

jenora.jpg 

 

 

 

   

 

p8210060.jpg

 

 

 

 

 

bag_duit_raya.jpg

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Fast 2 Feed ini memberi peluang kepada penaja-penaja untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dan solat bersama anak-anak yatim dan miskin ASDAF disamping dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwah dengan mereka.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Seperti sebuah hadis Rasulullah mengatakan:
"Siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun (riwayat Tirmizi, no 812)


Program Fast 2 Feed seterusnya ialah di UIA PJ dan kali ini anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan dirai bersama. Dijangka lebih 100 orang penaja akan turut serta untuk memeriahkan program Fast 2 Feed 2010.

 

facebook_logo.jpg

 Lihat Photo seterusnya di Facebook/See more Photo at Facebook

 

http://www.facebook.com/album.php?aid=13227&id=105212546193733&l=5abf77ad8d

 
Program Fast 2 Feed Sepanjang Ramadhan
map_calender_f2f_2010-small_1.jpg
 
Promosi Fast 2 Feed Giat dijalankan di UIA PJ

Program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dipromosikan secara meluas melalui internet seperti Facebook dan blog juga di IPT seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Petaling Jaya. Program F2F di UIA PJ merupakan salah satu daripada lapan lokasi yang dipilih adalah merupakan dengan kerjasama kelab FSCC dan Melex yang diterajui oleh pelajar-pelajar di UIA PJ. Promosi bermula sebelum bulan Ramadhan lagi dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar-pelajar UIA PJ.

dsc_0031.jpgdsc_0017.jpg

 

Pada yang berminat untuk menyertai program F2F di UIA PJ yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2010 ini, boleh hubungi saudara Aiman di 013-2612045 atau pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.

 
Iftar Madrasah Hashimiah bersama Anak Yatim Pelarian

Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431


Selesai sudah iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.

 

p8170118.jpgp8170109.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p8170079.jpg p8170055.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. En Muhammad tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan En Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi  terus kami di pejabat Muslim Aid, 03-2288 1996. RM200 tajaan untuk satu hari.

 

 

 
Anak Pelarian Johan Musabaqah Anak Yatim Selangor

Lokasi: Masjid Shah Alam
Tarikh: 7 Ogos 2010
Program: Pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor

40446_431825724704_608934704_4783746_2381095_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amir, wakil dari Muslim Aid bersama pemenang

 

Penyertaan salah seorang anak yatim pelarian Rohingya yang mendapat tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah merangkul piala johan bagi pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor. Anuar yang menetap di Madrasah Hashimiah baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran. Persediaan Anuar selama sebulan yang dibimbing oleh ustaznya sendiri di madrasah ternyata tidak sia-sia. Pihak Ustaz Hashim bersama Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid bagi membantu Madrasah Hashimiah ini untuk terus beroperasi sehingga ke hari ini.

 

40530_431825519704_608934704_4783739_6156813_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Ramli Sarip bersama ustaz Hashim, Anuar dan guru-guru Madrasah Hashimiah

 

40764_431823834704_608934704_4783656_1227714_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adik Hanifah dari Madrasah Hashimiah

 

39655_431825369704_608934704_4783733_6699040_n.jpg

 
Hayati Ramadhan Dengan Bersedekah

   p16-09-09_19.05.jpg.jpegweb_banner_ramadan.png  

  

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kerana mengunjungi portal Muslim Aid. Semoga pengunjung semua berada dalam keberkatan dan kerahmatan Allah hendaknya.

Masa berjalan begitu pantas dan dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan.

Kami warga Muslim Aid mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia khususnya di Malaysia yang telah bersama-sama kami membantu mengurangkan penderitaan golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Kita harus bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dan diberkatiNya dengan kelebihan nikmat jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang kurang mampu akibat kemiskinan atau masalah kekeluargaan serta anak-anak yatim yang masih memerlukan bantuan.

Justeru itu, Muslim Aid mengajak para muslimin dan muslimat memahami dan menghayati keistimewaan bulan Ramadhan dengan cara bersedekah kepada mereka yang benar-benar memerlukan melalui aktiviti kelolaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin membayar fidyah pula, inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan hutang-hutang puasa yang tertunggak. Muslim Aid turut menerima pembayaran fidyah secara wang tunai. Wang fidyah ini akan digunakan untuk melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan asnaf.

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Surah At-Taubah: 60

 

 

 
Majlis Perasmian Bengkel Jahitan Untuk Kaum Ibu Tunggal dan OKU

picture_9.png

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

21hb Jun, 2010 - Muslim Aid telah melaksanakan satu lagi program pembangunan komuniti untuk masyarakat tempatan dan kali ini golongan sasaran adalah kaum ibu tunggal dan OKU di sekitar Kuala Lumpur. Program ini merupakan projek usahasama antara Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Muslim Aid serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pihak Pusat Jahitan dan Senireka Cemerlang, Kampung Baru yang menjadi tenaga pengajar dalam bengkel tersebut. Rumah Titian Kaseh pula membantu dalam menyediakan ruang untuk mengadakan Bengkel Jahitan ini.

Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu tunggal dan OKU telah diraikan dalam Majlis Perasmian Bengkel Jahitan ini. Bengkel yang  bermula sejak Mei lalu telah melalui separuh daripada sesi Bengkel Jahitan Pakaian Wanita. Dua lagi bengkel akan menyusul iaitu Bengkel Jahitan Langsir dan Bengkel Jahitan Kraftangan.

Muslim Aid ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Jahitan ini. Diharap program seumpama ini akan dapat melahirkan komuniti yang mampu berdikari dan berdaya saing.

 Lihat gambar seterusnya di Facebook : http://www.facebook.com/photo.php?pid=4072476&id=147922408467

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Results 85 - 99 of 99

Subscribe to our newsletter






Site Stats

We have 17 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday731
mod_vvisit_counterThis week5139
mod_vvisit_counterThis month16434
mod_vvisit_counterAll817179