|
Pihak Muslim Aid dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM
akan mengadakan Kejohanan Futsal Amal 2012 pada 24hb Mac 2012 bertempat di
Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Selangor. Kejohanan futsal Amal 2012 ini akan menyaksikan pasukan futsal dari
rumah-rumah kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur serta dari komuniti
pelarian bertarung bagi merebut kejuaraan pertandingan futsal ini. Pertandingan ini merupakan
kesinambungan Kejohanan Futsal Amal Siti Khadijah anjuran Badan Kebajikan Siti
Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut.
Kejohanan Futsal Amal ini adalah program yang bertujuan untuk merai
dan memberi kegembiraan kepada para peserta terutamanya golongan anak-anak
yatim dan komuniti pelarian di samping untuk mengeratkan tali silaturrahim
sesama mereka dan pihak pengurusan.
Muslim
Aid sangat mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada orang ramai dan badan korporat
bagi menjayakan Kejohanan futsal Amal 2012
ini. Berikut merupakan jenis sumbangan dan tajaan yang diperlukan :
i-
Hadiah-hadiah
utama dalam bentuk wang, medal dan hamper
ii-
Makanan
tengahari serta minum pagi dan petang
iii-
Tajaan
untuk pengadil bertauliah
iv-
Lain-lain
yang berkaitan
Sebarang pertanyaan berkaitan tajaan dan
sumbangan boleh berhubung dengan AJK Pemasaran yang dilantik iaitu Nur Fatin Dahlia di 017-4831696 atau
Mohibah Musa di 019-3363919. Setiap sumbangan ini cukup bermakna bagi menjayakan
Kejohanan
Futsal Amal 2012 ini yang
sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim dan komuniti pelarian di sekitar
Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk makluman, setiap sumbangan dan tajaan akan diberikan
Resit Pengecualian Cukai (LHDN 01/35/42/51/179-6.6487)
Muslim
Aid juga mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk mengurus pasukan futsal
dari beberapa rumah kebajikan seperti berikut ;
i-
Rumah Titian Kaseh,
di Taman Tasik Titiwangsa
ii-
Asrama Darul Falah,
di Bukit Persekutuan
iii-
Komuniti pelarian Somalia di Gombak
Antara
tanggungjawab sebagai pengurus ialah mengurusan pendaftaran pasukan, latihan,
logistik dan sebagainya. Pengurus sukarelawan juga boleh melakukan ‘Kutipan
Dana’ untuk mendapatkan tajaan jersi serta keperluan futsal yang lain seperti
bola dan kasut.
Sememangnya
anak-anak yatim dan komuniti pelarian ini sentiasa menantikan pertandingan
futsal setiap tahun. Hajat mereka dalam menyertai pertandingan futsal ini dapat
membuatkan mereka sentiasa bersemangat untuk berlatih, menjadikan mereka lebih berdisiplin
dan dapat menjalani hidup yang lebih sihat. Jadi, jangan lepaskan peluang ini
untuk sama-sama menggembirakan mereka!
Rasulullah
S.A.W ada bersabda:
"Seorang
muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan
menyusahkannya. Barangsiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun
akan berkenan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan
kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di
antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti..."~ Hadis riwayat Bukhari &
Muslim
Kepada yang berminat untuk
menjadi sebahagian daripada acara amal ini, boleh hubungi En. Muhammad Bin
Kamarulazizi di talian 012-3377195 atau email di
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Sumbangan boleh dilakukan secara Deposit
Langsung ke akaun CIMB Bank # 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan
Muslim Aid Malaysia. Emailkan butiran seperti berikut ;
Nama:
Alamat:
No tel:
Masa transaksi:
Tarikh transaksi:
Bank:
Tujuan sumbangan: (Nyatakan untuk pertandingan futsal amal (umum) atau untuk
tajaan jersi dan lain2)
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA,
INSYAALLAH.
|