Login
No account yet? Register
 
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
web_banner_ramadan.png
web_banner_kalendar.jpg
logo_q4l.jpg
maaatfacebookeb8.jpg
twitter_logo_header.png
front_qurban_2009.jpg
front_yakmam_bi_co_converted.jpg
pengecualian_cukai.png
micro_web_banner.jpg

Hijriah Date

Ramadhan
25
Saturday
1431 HIJRAH
fast_to_feed_2.jpg
selamat_hari_bapa.jpg
my_kitchen_garden1.jpg
be_a_volunteer.jpg
aqiqah_foodaid.jpg
video_icon.jpeg
maa-katalog.gif

Members Area






Lost Password?
No account yet? Register

Latest Events

No events
logo_-_merchant.gif
Donate For Ummah
Donate Online
Shopping Online
Muslim Aid Asia
Blog
Fast 2 Feed Ep1 2010 di ASDAF Print E-mail

Tarikh: 21 Ogos 2010
Program: Fast 2 Feed 2010 episod 1


Selesai sudah program Fast 2 Feed episod 1 2010 di ASDAF dengan kehadiran para penaja hampir 50 orang. Program bermula jam 6, dan ketibaan penaja disambut oleh anak-anak ASDAF. Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana promosi hanya dilakukan melalui Facebook dan email. Juadah ringan disediakan semasa berbuka puasa dengan kurma, kuih, bubur lambuk dan murtabak dan diteruskan dengan solat Magrib berjemaah. Selepas solat Margrib, jamuan berbuka dihidangkan secara buffet dan antara lauk-lauknya seperti ayam masak merah, udang sambal, pucuk paku dan tempe.

p8210058.jpg

46197_464756011146_737251146_7005433_4402732_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


p8210065.jpg

jenora.jpg 

 

 

 

   

 

p8210060.jpg

 

 

 

 

 

bag_duit_raya.jpg

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Fast 2 Feed ini memberi peluang kepada penaja-penaja untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dan solat bersama anak-anak yatim dan miskin ASDAF disamping dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwah dengan mereka.

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Seperti sebuah hadis Rasulullah mengatakan:
"Siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun (riwayat Tirmizi, no 812)


Program Fast 2 Feed seterusnya ialah di UIA PJ dan kali ini anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan dirai bersama. Dijangka lebih 100 orang penaja akan turut serta untuk memeriahkan program Fast 2 Feed 2010.

 

facebook_logo.jpg

 Lihat Photo seterusnya di Facebook/See more Photo at Facebook

 

http://www.facebook.com/album.php?aid=13227&id=105212546193733&l=5abf77ad8d

 
Iftar Madrasah Hashimiah bersama Anak Yatim Pelarian Print E-mail

Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 17 Ogos 2010, 7 Ramadhan 1431


Selesai sudah iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.

 

p8170118.jpgp8170109.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p8170079.jpg p8170055.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. En Muhammad tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan En Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.

Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi  terus kami di pejabat Muslim Aid, 03-2288 1996. RM200 tajaan untuk satu hari.

 

 

 
Promosi Fast 2 Feed Giat dijalankan di UIA PJ Print E-mail

Program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dipromosikan secara meluas melalui internet seperti Facebook dan blog juga di IPT seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Petaling Jaya. Program F2F di UIA PJ merupakan salah satu daripada lapan lokasi yang dipilih adalah merupakan dengan kerjasama kelab FSCC dan Melex yang diterajui oleh pelajar-pelajar di UIA PJ. Promosi bermula sebelum bulan Ramadhan lagi dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar-pelajar UIA PJ.

dsc_0031.jpgdsc_0017.jpg

 

Pada yang berminat untuk menyertai program F2F di UIA PJ yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2010 ini, boleh hubungi saudara Aiman di 013-2612045 atau pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.

 
Anak Pelarian Johan Musabaqah Anak Yatim Selangor Print E-mail

Lokasi: Masjid Shah Alam
Tarikh: 7 Ogos 2010
Program: Pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor

40446_431825724704_608934704_4783746_2381095_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amir, wakil dari Muslim Aid bersama pemenang

 

Penyertaan salah seorang anak yatim pelarian Rohingya yang mendapat tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah merangkul piala johan bagi pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor. Anuar yang menetap di Madrasah Hashimiah baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran. Persediaan Anuar selama sebulan yang dibimbing oleh ustaznya sendiri di madrasah ternyata tidak sia-sia. Pihak Ustaz Hashim bersama Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid bagi membantu Madrasah Hashimiah ini untuk terus beroperasi sehingga ke hari ini.

 

40530_431825519704_608934704_4783739_6156813_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Ramli Sarip bersama ustaz Hashim, Anuar dan guru-guru Madrasah Hashimiah

 

40764_431823834704_608934704_4783656_1227714_n.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Adik Hanifah dari Madrasah Hashimiah

 

39655_431825369704_608934704_4783733_6699040_n.jpg

 
Program Fast 2 Feed Sepanjang Ramadhan Print E-mail
map_calender_f2f_2010-small_1.jpg
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Results 1 - 9 of 77

Subscribe to our newsletter






Site Stats

We have 64 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday405
mod_vvisit_counterThis week2075
mod_vvisit_counterThis month1285
mod_vvisit_counterAll385589
Powered By Page_Cache by Ircmaxell