|
Melalui program Gift For Life, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
(Muslim Aid) akan membantu anak-anak dari keluarga yang kurang
berkemampuan di Sabah bagi mendapatkan kaca mata setiap seorang.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengatasi masalah penglihatan mereka
semasa pembelajaran di dalam kelas.
Pada yang berminat untuk menaja kaca mata ini, boleh salurkan melalui
akaun CIMB di 1422-0000070-108 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid
Malaysia. Email atau fakskan butiran berikut untuk penghantaran resit
pengecualian cukai
Nama:
Alamat:
Tel:
Jumlah sumbangan:
Tarikh transaksi:
Masa transasksi:
Email ke
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
atau faks ke 03-22881966.
Semoga dengan 'pelaburan' ini dapat memudahkan mereka menjalani
pembelajaran yang sebaiknya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
|
| |
| |
| |
|
Menjelang Pertandingan Futsal Amal 2012, beberapa rumah kebajikan dan
pelarian telah menjalani rutin latihan mereka setiap hari. Baru-baru
ini pasukan Somali FC yang terdiri daripada pelarian Somalia dan MSRI
FC yang terdiri daripada pelarian Afghanistan, Iraq dan Palestine telah
mengadakan perlawanan persahabatan di Ampang. Biarpun berbeza warna
kulit, namun ia tidak menghalang untuk mereka bermain futsal
bersama-sama.
|
|
Read more...
|
|
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama
Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam telah mengadakan Kejohanan
Futsal Amal 2012 Piala Muslim Aid pada 07hb April 2012 (Sabtu) yang
betempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, Selangor yang telah bermula
seawal jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Seramai 256 orang orang yang
hadir yang terdiri daripada para peserta, sukarelawan dan warga UiTM
yang telah terlibat dalam program kali ini. Terdapat sebanyak 32
kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan Futsal Amal ini iaitu
sebanyak 16 kumpulan adalah daripada anak-anak yatim, pelarian dan
badan bukan kerajaan (NGO). Manakala 16 kumpulan lagi terdiri daripada
pelajar UiTM dan syarikat-syarikat yang telah menderma untuk anak-anak
yatim dan pelarian .
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 10 of 135 |