En.Muhammad bersama beberapa sukarelawan Muslim Aid berkesempatan untuk membawa anak-anak ASDAF
yang cemerlang untuk bermain bowling di Midvalley. Lima orang anak
ASDAF yang cemerlang dari segi akademik dan shahsiah di asrama dipilih
untuk trip kali ini. Program ini ditaja setiap bulan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), dibawah tabung orphan aid
bagi menggalakkan anak-anak ASDAF untuk terus berusaha belajar
bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga solat lima waktu dan berdisiplin di
asrama.
sukarelawan bersama anak-anak ASDAF
masing-masing dengan satu frame
makan tengahari
Trip
bermain bowling ini turut serta dimeriahkan dengan sukarelawan Muslim
Aid yang telah menaja makan tengahari untuk semua. InsyaAllah program
ini akan diteruskan bagi sesi tahun hadapan 2012 di ASDAF dan
sekolah-sekolah komuniti lain seperti Madrasah Hashimiah dan Sekolah
Komuniti Pelarian Somalia. Pada yang ingin menyumbang bagi tabung anak
yatim atau tabung pelarian Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid
di 03-22881996, atau bank in terus ke akaun CIMB Muslim Aid di
1422-0000070-10-8 dan emailkan nama, alamat dan nombor telefon beserta
masa dan transaksi bank ke
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Setiap sumbangan akan
diberi resit pengecualian cukai.





























