|
Kuala Lumpur
(Sabtu): Musim baru persekolahan 2012 akan tiba tidak lama lagi dan sudah
tentulah ramai di kalangan ibu bapa dan pelajar sedang sibuk membuat persiapan “Balik
ke Sekolah” di kala ini.

Yayasan
Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) juga tidak mahu ketinggalan dalam
“upacara” tahunan ini dan pada hari ini dapat menyempurnakan pembahagian
kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam dan kasut kepada lebih daripada 50 orang
anak-anak yatim dan miskin dari rumah-rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang.
Rumah-rumah
kebajikan tersebut ialah Badan Kebajikan Siti Khadijah (Kelang, Selangor) dan
Rumah Aman (Shah Alam, Selangor). Selain itu, juga diraikan anak-anak dari Rumah Pangsa Jalan Loke Yew, Kuala
Lumpur.
Kebanyakan penerima bantuan sebegini
merupakan anak-anak yatim dan miskin warga tempatan dan juga anak-anak
pelarian. Diharapkan dengan adanya kerjasama seperti yang terjalin ini, banyak
lagi dana dapat dikumpulkan dan seterusnya dapat membantu lebih ramai lagi
anak-anak yang memerlukan.
Sebarang
pertanyaan atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi YKMAM di talian 03 22881996
atau 03 22821996 (Muhammad Kamarulazizi atau Wan Rosli Wan Muda). Layari
www.muslimaidasia.com atau email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|