|
Madrasah Hashimiah dan Pasukan Futsal Mereka |
|
|
 |
| Anak-anak Madrasah Hashimiah bersama pelajar praktikal di Muslim Aid |
Baru-baru ini kami dijemput untuk menghadiri majlis khatam Muqaddam dimana 16 orang pelajar di Madrasah Hashimiah
telah tamat Muqaddam dan Iqra, dan seterusnya akan mempelajari tajwid
dan bacaan al-Quran. Majlis ini dilangsungkan dengan ringkas dan
bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar-pelajar lain agar
dapat menghabiskan pengajian Muqaddam.
 |
| Majlis Naik Al-Quran di Madrasah Hashimiah |
 |
| Hadiah untuk pelajar-pelajar yang selesai Muqaddam |
Madrasah Hashimiah ini menempatkan hampir 160 orang pelajar yang terdiri
daripada anak-anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar
Muslim. Disebabkan tiada ekses ke sekolah harian, maka Madrasah
Hashimiah ini telah menjadi pilihan utama bagi kanak-kanak pelarian
menuntut ilmu.
 |
| Pasukan Futsal Madrasah Hashimiah |
Menjelang pertandingan Futsal Amal 2012 anujran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM, pasukan futsal
Madrasah Hashimiah juga giat menjalankan latihan mereka setiap petang.
Tahun ini merupakan penyertaan mereka yang keempat dan harapan mereka
agar dapat mengorak langkah dengan lebih jauh. Pasukan futsal Madrasah
Hashimiah telah mendapat tajaan dari Union Seller yang merupakan 'group'
Facebook yang terdiri daripada usahawan-usahawan internet.
Pada yang masih berminat untuk menaja program Futsal Amal 2012, boleh
email kepada Muslim Aid untuk maklumat lanjut di
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
|