Tarikh: 21 Ogos 2010
Program: Fast 2 Feed 2010 episod 1
Selesai sudah program Fast 2 Feed episod 1 2010 di ASDAF dengan kehadiran para penaja hampir 50 orang. Program bermula jam 6, dan ketibaan penaja disambut oleh anak-anak ASDAF. Program tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana promosi hanya dilakukan melalui Facebook dan email. Juadah ringan disediakan semasa berbuka puasa dengan kurma, kuih, bubur lambuk dan murtabak dan diteruskan dengan solat Magrib berjemaah. Selepas solat Margrib, jamuan berbuka dihidangkan secara buffet dan antara lauk-lauknya seperti ayam masak merah, udang sambal, pucuk paku dan tempe.
Program Fast 2 Feed ini memberi peluang kepada penaja-penaja untuk merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dan solat bersama anak-anak yatim dan miskin ASDAF disamping dapat berkenalan dan mengeratkan ukhwah dengan mereka.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai dan penderma yang telah bersama memberi kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.
Seperti sebuah hadis Rasulullah mengatakan:
"Siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun (riwayat Tirmizi, no 812)
Program Fast 2 Feed seterusnya ialah di UIA PJ dan kali ini anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim akan dirai bersama. Dijangka lebih 100 orang penaja akan turut serta untuk memeriahkan program Fast 2 Feed 2010.
Lihat Photo seterusnya di Facebook/See more Photo at Facebook
Program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dipromosikan secara meluas melalui internet seperti Facebook dan blog juga di IPT seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Petaling Jaya. Program F2F di UIA PJ merupakan salah satu daripada lapan lokasi yang dipilih adalah merupakan dengan kerjasama kelab FSCC dan Melex yang diterajui oleh pelajar-pelajar di UIA PJ. Promosi bermula sebelum bulan Ramadhan lagi dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada staf dan pelajar-pelajar UIA PJ.
Pada yang berminat untuk menyertai program F2F di UIA PJ yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2010 ini, boleh hubungi saudara Aiman di 013-2612045 atau pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.
Selesai sudah iftar Ramadhan yang pertama di Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin dari pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Dengan hanya RM200, dapat menaja sehingga 100 orang untuk berbuka puasa dan kini orang ramai sudah mula menaja anak-anak yatim dan warga miskin pelarian ini untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah.
Ramai juga rakan-rakan yang bertanya, cukupkah dengan RM200 untuk diberi makan kepada 100 orang? Itu yang uniknya di Madrasah Hashimiah. En Muhammad tiba di Madrasah jam 6 petang dalam keadaan basah kerana hujan dan En Amir (dari Muslim Aid) sudah tiba lebih awal. Antara menu dari RM200 tersebut ialah bubur yang dibuat daripada pelbagai jenis kacang yang dimasukkan sedikit daging, bubur bali yang diletakkan kelapa parut, kacang goreng, bihun goreng dan buah seperti pisang dan tembikai.
Menurut Ustaz Hashim, masih terdapat 15 hari kekosongan untuk ditaja sehingga 1 Syawal. Pada yang berminat untuk menaja anak-anak yatim serta warga miskin pelarian untuk berbuka, boleh hubungi terus kami di pejabat Muslim Aid, 03-2288 1996. RM200 tajaan untuk satu hari.
Lokasi: Masjid Shah Alam
Tarikh: 7 Ogos 2010
Program: Pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor
Amir, wakil dari Muslim Aid bersama pemenang
Penyertaan salah seorang anak yatim pelarian Rohingya yang mendapat tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah merangkul piala johan bagi pertandingan Musabaqah Anak-anak Yatim Selangor. Anuar yang menetap di Madrasah Hashimiah baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk al-Quran. Persediaan Anuar selama sebulan yang dibimbing oleh ustaznya sendiri di madrasah ternyata tidak sia-sia. Pihak Ustaz Hashim bersama Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid bagi membantu Madrasah Hashimiah ini untuk terus beroperasi sehingga ke hari ini.
Ramli Sarip bersama ustaz Hashim, Anuar dan guru-guru Madrasah Hashimiah
Terima
kasih kerana mengunjungi portal Muslim Aid. Semoga pengunjung semua berada
dalam keberkatan dan kerahmatan Allah hendaknya.
Masa
berjalan begitu pantas dan dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan
menyambut Ramadhan.
Kami
warga Muslim Aid mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut
Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia
khususnya di Malaysia yang telah bersama-sama kami membantu mengurangkan penderitaan
golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Kita
harus bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan dan diberkatiNya dengan
kelebihan nikmat jika dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang kurang
mampu akibat kemiskinan atau masalah kekeluargaan serta anak-anak yatim yang
masih memerlukan bantuan.
Justeru
itu, Muslim Aid mengajak para muslimin dan muslimat memahami dan menghayati keistimewaan
bulan Ramadhan dengan cara bersedekah kepada mereka yang benar-benar memerlukan
melalui aktiviti kelolaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.
Kepada
muslimin dan muslimat yang ingin membayar fidyah pula, inilah masa yang sesuai
untuk melaksanakan hutang-hutang puasa yang tertunggak. Muslim Aid turut
menerima pembayaran fidyah secara wang tunai. Wang fidyah ini akan digunakan
untuk melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan asnaf.
Sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang
miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan
hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan
orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
21hb Jun, 2010 - Muslim Aid telah melaksanakan satu lagi program pembangunan
komuniti untuk masyarakat tempatan dan kali ini golongan sasaran adalah kaum
ibu tunggal dan OKU di sekitar Kuala Lumpur. Program ini merupakan projek
usahasama antara Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Muslim Aid
serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada Pihak Pusat Jahitan dan Senireka
Cemerlang, Kampung Baru yang menjadi tenaga pengajar dalam bengkel tersebut.
Rumah Titian Kaseh pula membantu dalam menyediakan ruang untuk mengadakan
Bengkel Jahitan ini.
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu
tunggal dan OKU telah diraikan dalam Majlis Perasmian Bengkel Jahitan ini.
Bengkel yangbermula sejak Mei
lalu telah melalui separuh daripada sesi Bengkel Jahitan Pakaian Wanita. Dua
lagi bengkel akan menyusul iaitu Bengkel Jahitan Langsir dan Bengkel Jahitan
Kraftangan.
Muslim Aid ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Bengkel Jahitan ini. Diharap
program seumpama ini akan dapat melahirkan komuniti yang mampu berdikari dan
berdaya saing.
Still enduring the effects of over a year long Israeli blockade, the people of Gaza are still facing, isolation and crippling shortages of food, medicines and fuel supplies. Already 1450 Palestinians have been killed, 450 of which were women and children, with over 15000 injured, of which thousands have become disabled.
Muslim Aid has been working tirelessly this last year assisting the Palestinians during the blockade by distributing vital supplies which includes food parcels, nutritional meals for school children, school kits, blankets and gas lights. However, there is an URGENT need for medicines, first aid kits and medical supplies. Muslim Aid Australia with Muslim Aid UK in partnership with local Gaza agencies which includes UNWRA are continuously assessing the needs and working to secure much needed supplies of food and medicines.
When Muslim Aid launched an emergency appeal in January 2009 for the people of Gaza, it was obvious that the conflict had taken its toll not only on the landscape and infrastructure but on the hearts and minds of the 1.5 million people who live there- many of whom had lost everything.
Our projects, both new and ongoing, were progressing well and were a testament to the fact that our brothers and sisters could rebuild their lives if given the opportunity. Through their smiles and warm welcomes, it was obvious that your compassion, your commitment and your duas had been received and had made all the difference, alhamdulillah.
Muslim Aid would like to show you how your donations are changing lives.
Back to Life Project Gaza Flood Appeal Orphan Aid Palestine
Your continued support will help us continue to provide FoodAid, Water, and Medical assistance to the people of GAZA
Tarikh: 8 May 2010
Lokasi: MRA, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Masa: 9.30am-12pm
Sukarelawan Muslim Aid
telah dijemput untuk bersama dengan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk
latihan sukarelawan bagi pengendalian OKU penglihatan. Latihan
sukarelawan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada sukarelawan tentang
cara-cara membantu OKU penglihatan (buta/separa buta) dengan menitik
beratkan emosi dan psikologi. Hal ini amat penting kerana sukarelawan
perlu berhati-hati agar tidak menimbul gangguan emosi kepada penerima
bantuan.
En Hafiz, salah seorang speaker yang yang juga seorang OKU penglihatan
mata ditutup dengan kapas
Pelajar praktikal dari UIAM sebagai seorang OKU penglihatan
pengalaman menjadi 'OKU penglihatan' adalah suatu pengalaman yang baru
bersama sukarelawan dari MRA dan Muslim Aid
Muslim Aid
akan bersama MRA untuk membantu 7 orang OKU penglihatan untuk menduduki
peperiksaan STPM November ini. Sementara menunggu peperiksaan, mereka
perlu belajar dan mengulangkaji sebagai persediaan untuk menduduki
peperiksaan kelak. Sukarelawan diperlukan untuk membantu pelajar OKU
ini seminggu sekali dengan membantu membacakan nota. Pada sukarelawan
yang berminat, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.
Lokasi: Bagan Dalam, Pulau Pinang
Tarikh: 25 April 2010
Masa: 9am - 1pm
Katrina dan seorang lagi wakil dari UNHCR juga turut serta
En Muhammad (Muslim Aid) ke Pulau Pinang hari minggu yang lepas untuk melihat progress kelas Bahasa Melayu untuk anak-anak pelarian Rohingya. Anak-anak pelarian ini bersungguh-sungguh belajar dan rekod kehadiran mereka konsisten. Cuma terdapat seorang atau dua orang yang tak hadir kerana tidak sihat atau pergi mengemis. Kegiatan mengemis ini merupakan salah satu aktiviti yang mereka jalankan pada hujung minggu untuk mendapatkan pendapatan asas mereka. Disebabkan hal yang demikian, ada diantara anak-anak pelarian ini terpaksa memilih sama ada mahu ke kelas Bahasa atau pergi mengemis. Kelas Bahasa yang dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) adalah percuma dah telah mendapat kerjasama dari pihak UNHCR.
Mempelajari huruf asas Guru-guru sukarelawan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar
Nuruddin, salah seorang koordinator dari Muslim Aid Anak-anak pelarian yang gembira untuk hadir ke kelas
Hubungan mesra guru dengan pelajar Waktu rehat dijamah dengan nasi lemak dan air kotak
InsyaAllah bulan hadapan kelas Bahasa ini akan tamat dan sebuah majlis penyampaian hadiah dan sijil akan diadakan untuk pelajar-pelajar Rohingya. Pihak Muslim Aid merancang untuk meneruskan kelas ini lagi, dan akan menambahkan subjek matematik untuk kelas mereka. Pada yang ingin menyumbang bagi 'continuity' kelas ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Kelas Bahasa Melayu untuk pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Selayang telah berjalan selama tiga minggu. Program ini merupakan antara program kerjasama antara Muslim Aid dan UNHCR untuk membantu komuniti pelarian ini menguasai Bahasa Melayu. Cikgu Jalil, yang mengajar merupakan penterjemah bahasa di mahkamah persekutuan dibantu oleh dua orang sukarelawan yang juga pelajar praktikal di Muslim Aid, Muhardi dan Ismail.
Ismail tekun mengajar Ustaz Shahid Ustazah dan guru perempuan juga menjadi pelajar
Untuk perancangan jangka masa panjang, apabila pelajar-pelajar ini sudah dapat mengesuai Bahasa Melayu, mereka berpeluang untuk melakukan kerja sambilan seperti mengajar mengaji al-Quran dan tajwid. Proses untuk mendapatkan tauliah dari pejabat Mufti Kuala Lumpur juga sedang diuruskan oleh pihak Muslim Aid. Dengan peluang ini, mereka berpeluang untuk mendapat sumber pendapatan yang insyaAllah dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
Oleh yang demikian, pada yang ingin belajar mengaji al-Quran atau tajwid, bolehlah datang ke Madrasah Hashimiah di Selayang dengan sumbangan yang berpatutan.
“ Reducing global poverty is
an international priority. By managing the dispensation of aid efficiently
and productively in line with the ideals of Islam, Muslim Aid Asia
aims to set the standard...
Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia pada Hari Raya Qurban yang lalu boleh dikatakan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 448 orang. Kambing yang dipilih adalah yang terbaik dan cukup...
Hukum ibadat qurban adalah sunat mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan makruh jika tidak melakukannya. Antara fadhilat melakukan qurban ini, kita dapat menambahkan amal...
HIKMAH AKIKAHAkikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. -Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anuger...
Terdapat beberapa cara untuk bayaran secara Online
1)Maybank2u.com TT Fund Transfer (IBG/Inter-bank GIRO) Bayar kepada MUSLIM AID ASIA SDN BHD Acct : 0518-11-000311-5
...
Muslim Aid Australia has been organising Qurban since 1989 on behalf of donors, for distribution as FoodAid to the world’s needy. Each recipient country’s needs and logistics will be ass...