Login
No account yet? Register
 
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com

MA[A]LL Catalog

maa-katalog.gif

Members Area






Lost Password?
No account yet? Register

Latest Events

No events
logo_-_merchant.gif
http://bernama.com
http://muslimaidasia.com/
http://tech-niaga.com
http://ipay88.com
http://ebazaar2u.com
Bantuan Muslim Aid untuk Mangsa Taufan Nargis di Myanmar Print E-mail

dscn0092.jpg Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.


392_d.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






393_d.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sistem Pembersihan Air yang sedang digunakan

 

390_d.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Latihan diberikan kepada orang ramai tentang cara menggunakan sistem pembersihan air



Buat masa kini, kerajaan Myanmar tidak membenarkan bantuan asing untuk terus ke lokasi mangsa di Delta Irrawady. Hanya pihak Junta atau NGO tempatan sahaja yang dibenarkan ke Delta Irrawady. Oleh yang demikian, Muslim Aid telah bekerjasama dengan NGO dari US yang mempunyai pejabat di Myanmar iaitu ADRA (Adventist Development and Relief Agency). ADRA menyediakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri, yang dapat membawa alat-alat bantuan ke lokasi yang lebih dalam di Delta Irrawady seperti Labutta dan Myaungmya. Lebih kurang 12 000 orang berjaya dibantu di sana.

 myanmar17.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersama team ADRA

 

 

myanmar43.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Makanan dan utensils yang siap dibungkus do CMRF

myanmar44.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muslim Aid dan CRMF bersama menghulurkan bantuan

Muslim Aid juga bekerjasama dengan lagi sebuah NGO tempatan Myanmar iaitu CMRF (Cholia Muslim Religious Fund Trust). Bersama CMRF, 500 bungkusan makanan dan utensils dapat disalurkan kepada mangsa Nargis.

 

dscn0069.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumbangan ORS dari rakyat Malaysia melalui Muslim Aid Asia

InsyaAllah, Muslim Aid akan terus membantu mangsa-mangsa Nargis di Myanmar. Bentuk sumbangan yang akan dihantar dari Malaysia, ialah berbentuk garam ORS, yang digunakan untuk mangsa-mangsa yang mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Muslim Aid Asia samada dalam bentuk paket ORS atau dalam bentuk wang tunai dan cek. Pada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di talian 03-22881996.

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

 

Subscribe to our newsletter






Site Stats

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday251
mod_vvisit_counterThis week1983
mod_vvisit_counterThis month1724
mod_vvisit_counterAll103046
Powered By Page_Cache by Ircmaxell