Login
No account yet? Register
 
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com

MA[A]LL Catalog

maa-katalog.gif

Members Area






Lost Password?
No account yet? Register

Latest Events

No events
logo_-_merchant.gif
http://ipay88.com
http://ebazaar2u.com
http://muslimaidasia.com/
http://bernama.com
http://tech-niaga.com
Gotong-Royong Di ASDAF Print E-mail
1.jpgPada 21 Jun (Sabtu) yang lalu bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF) Bangsar, Muslim Aid Asia  telah menganjurkan satu aktiviti gotong royong bagi projek My Kitchen Garden.  Alhamdulillah gotong royong yang julung kali di anjurkan ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar ASDAF dan sukarelawan Muslim Aid Asia (MAA). Gotong-royong My  Kitchen Garden ini telah disertai oleh 40 orang pelajar ASDAF  berusia 8 tahun hingga 17 tahun, 15 orang sukarelawan yang hadir dari Putrajaya dan Shah Alam dan kakitangan Muslim Aid Asia (MAA). Aktiviti gotong – royong yang diadakan ini bertujuan menyempurnakan projek mengikut pelan yang dicadangkan di samping  mengukuhkan perpaduan  pelajar ASDAF dengan penglibatan sukarelawan yang hadir.

Bagi memastikan gotong – royong berjalan dengan lancar, semua yang hadir pada gotong-royong tersebut berkumpul terlebih dahulu untuk  diberikan sedikit taklimat awal.  Pelajar - pelajar ASDAF dan sukarelawan telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas masing – masing. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong – royong tersebut ialah membuat lima batas, menggemburkan tanah, mencabut rumput, membina pagar dan menyemai biji benih.

Aktiviti  yang dijalankan pada jam 8.30 pagi ini telah bersurai pada jam 11 pagi dengan sedikit jamuan yang disediakan. Hasil daripada gotong-royong yang dijalankan, 70 peratus projek My Kitchen Garden telah berjaya disiapkan.  Rata-rata pelajar ASDAF dan sukarelawan berpuas hati dan gembira di atas program yang dianjurkan ini di samping mereka dapat menambah kenalan baru.

Kami bagi pihak Muslim Aid Asia mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan yang hadir dalam membantu gotong – royong My Kitchen Garden. Projek My Kitchen Garden masih diteruskan di ASDAF pada setiap petang bermula pada jam 5. Diharapkan lebih ramai sukarelawan datang menghulurkan bantuan dan sudi mengerah tenaga membantu menyempurnakan projek ini.


2.jpg


         
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar ASDAF dan sukarelawan sibuk dengan kerja masing – masing

3.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berpeluh – peluh membanting keringat.

 

4.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

            

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sukarelawan yang hadir.

5.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

70 peratus hampir siap

 

Subscribe to our newsletter






Site Stats

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday339
mod_vvisit_counterThis week339
mod_vvisit_counterThis month4486
mod_vvisit_counterAll113095
Powered By Page_Cache by Ircmaxell