MA[A]LL Catalog
|
|
MAA Bantu Mangsa Taufan ‘Sidr’ Bangladesh |
|
|
|
MAA Bantu Mangsa Taufan ‘Sidr’ Bangladesh
Wan Rusli menunjukkan daging korban yang ditinkan untuk diagihkan
kepada mangsa taufan Bangladesh. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA. |
Oleh: Farezul Fadzal
Muslim Aid Asia (MAA) akan menghantar
bantuan berupa 48,500 tin daging qurban kepada mangsa ribut taufan
‘Sidr’ yang melanda Barat Daya Bangladesh selewat-lewatnya April ini.
Bencana taufan Sidr adalah taufan tahap
keempat yang melanda Barat daya Bangladesh sekitar 9.45 petang waktu
tempatan pada 15hb November 2007 lalu, dengan kelajuan angin 240 kph
(150 mph) yang mengakibatkan banjir kilat selama lima jam di kawasan
Lembah Bengal, Bangladesh.
Pengarah Muslim Aid Asia (MAA), Encik Wan
Rusli Wan Muda, berkata bantuan ke Bangladesh adalah yang pertama dan
tidak menolak kemungkinan menghantar bantuan qurban tambahan jika
diperlukan.
“Kita melihat kepada keperluan. Buat masa
ini pihak MAA akan menghantar satu kontena yang membawa muatan 48,500
tin daging qurban siap untuk dimakan ke lokasi bencana,”katanya.
Encik Wan Rusli berkata, pihaknya telah
berurusan dengan Pertima Sdn Bhd (Pertima) sejak 2005 lagi bagi
memproses daging qurban tersebut.
“Kerjasama pertama dimulakan pada 2005
lalu dan sehingga kini pihak kami telah memproses enam kontena (204
tan) di Pertima,” katanya ketika ditemui Warta Hadhari di Kilang
Pemprosesan Pertima, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini (13 Mac).
Katanya, bagi urusan pengagihan qurban tersebut pihak MAA akan berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Bangladesh.
“Buat masa ini kami masih belum membuka pejabat di kawasan bencana dan kemungkinan merancang berbuat demikian kelak,”katanya.
Taufan Sidr melanda Bangladesh meragut lebih 3,000 nyawa serta mengakibatkan 300,000 lagi hilang tempat berlindung.
Kerajaan Bangladesh menganggarkan 360,000
orang kehilangan tempat tinggal mengalami kekurangan sumber air bersih,
makanan dan bantuan perubatan.
Serangan taufan ini juga
memusnahkan mata pencarian nelayan sekitar Kepulauan Dublar Char dan
para petani Lembah
Benggal.
- Unit Komunikasi Negeri
Daging korban yang diproses untuk ditinkan di Pertima Sdn Bhd. |
|
Kerja memprosesan daging korban di Kilang Pertima Chendering sejak tahun 2005 lagi. |
|
Berita ini dipetik dari : http://www.terengganu.gov.my/v5/bm/
|
-
Qurban For Life Form
Annual Report 1...
Read more...
-
PROGRAM AKIKAH BERSAMA MUSLIM AID ASIA
HIKMAH AKIKAH
Akikah mengandungi beberapa hikmah,
antaranya:
-Sebagai tanda ...
Read more...
-
Read more...
-
“Muslim Aid Asia is the Asian
hub for the global philanthropic activities of Muslim Aid, the world’s
leading Islamic charity.”
...
Read more...
-
Ini merupakan muka depan (cover) katalog kami yang terbaru, selaras dengan Katalog yang terdapat di Muslim Aid Australia. Kepada mereka yang dermawan bolehlah menderma melalui kami dengan menggunakan ...
Read more...
-
Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia pada Hari Raya Qurban yang lalu boleh dikatakan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 448 orang. Kambing yang dipilih adalah yang terbaik dan cukup...
Read more...
-
Pada 30hb Ogos 2006 yang lalu, Muslim Aid Asia (MAA) telah menyerahkan daging Qurban yang telah ditinkan sebanyak 6,800 kilogram kepada rakyat termiskin di Terengganu. Program Cakna dan Sayang yang di...
Read more...
-
Hukum ibadat qurban adalah sunat mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan makruh jika tidak melakukannya. Antara fadhilat melakukan qurban ini, kita dapat menambahkan amal...
Read more...
-
Muslim Aid Asia (MAA) diwakili oleh En. Aziz selaku Pengurus Dana telah ke Sabah untuk memberi penerangan buat julung-julung kalinya melalui saluran yang betul. Iaitu memberi penerangan kepada Jabatan...
Read more...
-
Muslim Aid Asia di Keratan Akhbar Nasional - Newspaper Clipping...
Read more...
-
Its so easy to make a contribution thru Muslim Aid Asia!...
Read more...
-
Muslim Aid Australia has been organising Qurban since 1989 on behalf of donors, for distribution as FoodAid to the world’s needy. Each recipient country’s needs and logistics will be ass...
Read more...
-
Kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan,bolehlah muat turun borang yang telah disediakan. Sila isi borang dan emailkan kepada kami di
\n
This e-mail address is being protected from spa...
Read more...
-
Terima kasih dari pekerja-pekerja CIMB Bank (Credit Collection-Auto Finance) Jalan P.Ramlee kerana dengan berkat usaha mereka dapat mengumpulkan sejumlah wang untuk Qurban For Life. Sebanyak 8...
Read more...
-
Muslim Aid Asia is governed by a Board of Directors that employs a hands-on approach on the daily running of the organization.
The Directors are supported by a group of full time staff an...
Read more...
-
Muzakkarah Imam-Imam Semalaysia Di UKM 11hb-15hb Jun 2007
...
Read more...
-
...
Read more...
-
Alhamdullilah... Kemurahan hati anda telah membolehkan rangkaian MUSLIM AID mengagihkan sumbangan QURBAN bernilai RM7,242,900.00 disamping bantuan-bantuan lain bernilai RM12,585,413.00 sejak 4 musim y...
Read more...
-
...
Read more...
-
Muslim Aid Asia merakamkan penghargaan di atas penyertaan dan sokongan tuan/puan dalam program Aqiqah bersama Muslim Aid...
Read more...
|
|