Latihan Futsal Team Rohingya

p07-02-10_15.26.jpg.jpegp07-02-10_16.21.jpg.jpeg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

p07-02-10_17.4001.jpg.jpeg7hb Februari 2010 - Selepas program gotong-royong di ASDAF, En Muhammad terus ke Hutan Lipur Kanching untuk bersama dengan anak-anak pelarian Rohingya yang berkelah di sana. Sesi petang ini sememangnya sebagai persediaan untuk pertandingan futsal amal Siti Khadijah yang akan berlangsung di Futsal Frenzy Shah Alam 13 Mac 2010.

Latihan asas dan pemilihan pemain dijalankan untuk menentukan pemain terbaik untuk pasukan Rohingya. Perlawanan persahabatan juga diadakan menentang pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob (SMKDIY), yang kebetulan berada di situ. Keputusan berakhir dengan 4-4.

Latihan futsal akan diteruskan lagi setiap petang dan akan dilatih oleh saudara Rahman.