Program Aqiqah

PROGRAM AKIKAH BERSAMA MUSLIM AID ASIA

 

HIKMAH AKIKAH
Akikah mengandungi beberapa hikmah,
antaranya:
-Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
-Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
-Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
-Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM380 (harga baru-2010) untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak MAA akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida/Mira/Izan)


 

 








Program Akikah yang dilakukan di Indonesia