|
There are no translations available
Pada 21 Jun (Sabtu) yang lalu bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF) Bangsar, Muslim Aid Asia telah menganjurkan satu aktiviti gotong royong bagi projek My Kitchen Garden. Alhamdulillah gotong royong yang julung kali di anjurkan ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar ASDAF dan sukarelawan Muslim Aid Asia (MAA). Gotong-royong My Kitchen Garden ini telah disertai oleh 40 orang pelajar ASDAF berusia 8 tahun hingga 17 tahun, 15 orang sukarelawan yang hadir dari Putrajaya dan Shah Alam dan kakitangan Muslim Aid Asia (MAA). Aktiviti gotong – royong yang diadakan ini bertujuan menyempurnakan projek mengikut pelan yang dicadangkan di samping mengukuhkan perpaduan pelajar ASDAF dengan penglibatan sukarelawan yang hadir.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
There are no translations available
Projek Kitchen Garden ini merupakan sebuah projek dimana sayur-sayuran akan ditanam di perkarangan ASDAF bersama anak-anak yatim di sana. Projek ini akan dijalankan selama lebih kurang sebulan setengah. Pergi ke blog My Kitchen Garden untuk melihat perkembangan mereka disana setiap hari.
Muat Turun Broshur
|
|
|
There are no translations available
Alhamdulillah, hari ini Muslim Aid Asia berpeluang untuk memperkenalkan Muslim Aid Asia kepada orang ramai menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 RTM. Slot ini lebih untuk menerangkan bantuan yang Muslim Aid Asia salurkan untuk bantuan Taufan Nargis di Myanmar. Pihak Muslim Aid Asia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM kerana menjemput untuk slot Selamat Pagi Malaysia ini. Pada individu atau korporat yang ingin menyumbang untuk tabung Taufan Nargis ini, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
There are no translations available
Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
There are no translations available
20 May 2008, jan 10.15 pagi, pejabat MAA menerima panggilan dari Kedutaan Myanmar, mengatakan seorang daripada kami menerima jemputan untuk ke Myanmar untuk berbincang bersama Menteri Luar Negara Myanmar. Menurut kedutaan Myanmar, hanya tiga orang individu sahaja dipilih dari setiap negara untuk menghadiri diskusi tersebut. Kami di MAA bersyukur kerana dipilih untuk menyertai delegasi ini.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 9 terhadap 52 |