|
There are no translations available
'Glitters of Tomorrow' merupakan program motivasi yang direka khas untuk anak-anak yatim di Malaysia. Program ini merupakan projek jangka panjang Muslim Aid Asia dalam bidang pendidikan di Malaysia. Dengan bertemakan, "Glitters of Tomorrow, Future of the Nations", objektif utama program ini ialah untuk memotivasikan anak-anak yatim ini ke arah menjadikan pendidikan sesuatu yang penting dalam hidup dan menyemai cita-cita dalam diri mereka.
Jesteru itu, sebagai langkah sulung dalam projek ini, Muslim Aid Asia
dalam projek ini, kami Asrama Darul Falah(ASDAF) untuk menjayakan
program ini. ASDAF didiami oleh 46 orang anak-anak orang asli yang
dibawa ke bandar untuk melanjutkan pelajaran kerana faktor latar
belakang keluarga yang kurang berkemampuan, dan ada juga yang merupakan
anak yatim. Idea untuk menganjurkan program ini tercetus apabila
mendapat rungutan daripada anak-anak ASDAF ini bahawa mereka seringkali
dibuli, diejek dan diperas ugut oleh rakan-akan di sekolah. Hal ini
disebabkan oleh fizikal mereka yang lebih kecil. Oleh itu, mereka
merasa terasing dan tidak mempunyai semangat untuk pergi ke sekolah dan
belajar. Malahan ada yang ponteng sekolah selama berhari-hari kerana
takut.

Program 'Glitters of Tomorrow' ini buat pertama kalinya menekan
pendekatan secara 'mentor-mentee' supaya hubungan antara fasilitator
dan para peserta lebih rapat. Hal yang sedemikian adalah penting untuk
memastikan para peserta dapat berkongsi masalah mereka. Jesteru itu,
pihak Muslim Aid Asia boleh merangka langkah seterusnya untuk
menyelesaikan masalah mereka.
Program selama 2 hari 1 malam ini padat dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah dan menarik. Antaranya Latihan Dalam Kumpulan(LDK) dengan
modul yang disediakan, mass dan permainan, pembentangan kumpulan dan
persembahan Malam Kebudayaan. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk
meningkatkan keyakinan diri anak-anak ASDAF ini. Mereka begitu berminat
dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti yang
dijalankan, terutama sekali dalam persembahan malam kebudayaan.

Pada hari berikutnya, aktiviti diteruskan seperti biasa. Bahkan, sesi
luahan hati lebih ditekankan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
masalah anak-anak ASDAF ini. Daripada pemerhatian, ternyata anak-anak
ASDAF ini memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu dan berkongsi
masalah mereka, memandangkan mereeka jauh dari keluarga masing-masing.

Oleh itu, sebagai langkah jangka panjang, Muslim Aid Asia mengambil
keputusan untuk merekodkan informasi mengenai latar belakang, kekuatan,
kelemahan dan masalah anak-anak ASDAF ini, dan seterusnya merancang
untuk langkah-langkah seterusnya untuk membantu mereka, InsyaAllah.
|