|
There are no translations available
20 May 2008, jan 10.15 pagi, pejabat MAA menerima panggilan dari Kedutaan Myanmar, mengatakan seorang daripada kami menerima jemputan untuk ke Myanmar untuk berbincang bersama Menteri Luar Negara Myanmar. Menurut kedutaan Myanmar, hanya tiga orang individu sahaja dipilih dari setiap negara untuk menghadiri diskusi tersebut. Kami di MAA bersyukur kerana dipilih untuk menyertai delegasi ini.
Saya perlu report di Myanmar tengahari 21 May, terpaksa saya cepat2
sediakan dokumen dan booking tiket flight terus ke Yangon dari KLIA.
Dengan sokongan dan bantuan dari rakan sekerja seperti Ilham, Amir, Ida
dan bos saya, encik Wan, dapat selesaikan kesemua keperluan yang
diperlukan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah
menyumbang wang untuk membeli Oral Rehydration Salt (ORS) yang akan
diberikan kepada mangsa taufan Nargis. Terima kasih kepada mak saya,
Sangdiva dari Team Hyundai Malaysia, Tekong dari Flavert, Apit dari
Pesona Senifoto, Anep dari UM, Ainie dari UIA dan semua yang secara
ikhlas telah menghulurkan sedikit bantuan yang bakal menggembirakan
mangsa-mangsa taufan Nargis ini. Semoga Allah murahkan rezeki dan
berkati hidup kalian, insyaAllah.
Doakan saya selamat pergi dan pulang ke Tanah Air.
Info
Masa Flight: 11.15 am (21 May 2008)
Tarikh Pulang: 12.15pm (26 May 2008)
Penerbangan: MAS
Wassalam
-Muhammad-
|