|
There are no translations available
Pada 29hb March yang lepas, seminar berkenaan Wasiat dalam Islam
telah diadakan di Sydney, Australia. Seminar ini dianjurkan oleh Muslim
Aid Australia dan dibantu oleh 2 orang dari Muslim Aid Asia, Kuala
Lumpur. Seminar yang dihadiri oleh 5 orang penceramah yang arif tentang
wasiat yang mana salah satu dari mereka adalah dari CEO Amanah Raya Berhad Legacy, Kuala Lumpur.
Gambar : Dari kiri En Mohd Hazri dan En. Rafie Omar (Amanahraya) dan Amir dari Muslim Aid Asia.
Diantara mereka yang lain yang memberi ceramah pada hari itu adalah
Prof Dr Ali Ali Ahmed Shaaban (Universiti Al-Azhar-Cairo),
Mr Michael Naughtin, RMB Lawyer, Australia
Mr Imran Khan, RMB Lawyer, Australia
Ms Jamila Hussain, University Techology Sydney,Australia.
Sesi soal Jawab antara panel penceramah dan para tamu yang hadir.
Seminar ini menekankan aspek kepentingan menyediakan wasiat sebelum meninggal dunia. Kepentingan wasiat:
1- Mengelakkan dari perebutan wang dan harta dikalangan keluarga sendiri
2- Dapat menetapkan sejumlah harta (kurang dari 1/3) untuk disumbangkan kepada badan kebajikan (untuk saham akhirat).
InsyaAllah,
dalam tempoh terdekat ini, Muslim Aid Asia akan bekerjasama dengan
Amanah Raya Berhad dalam menekankan kepentingan wasiat.
Dua Penaja dari Melbourne. Mohamed Tabiit (kanan) dan rakan.
Muhammad dan En Rafie Omar selepas seminar.
Insya
Allah,kami di Muslim Aid Asia akan berkerjasama dengan Amanahraya
Legacy dalam mempromosikan penulisan wasiat di masa akan datang.
untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di 03-2288 1996
atau lawati laman web di - http://www.arb.com.my/foryou.html#3
|