|
There are no translations available
Tarikh: 9 Oktober 2008
Lokasi: Flat Sri Pahang, Bangsar
Hari ini kami berpeluang untuk menghantar sumbangan daging qurban
dan bahan mentah untuk keluarga Encik Fadil di Flat Sri Pahang. Info
tentang kelaurga ini telah kami terima dari salah seorang sukarelawan
Muslim Aid Asia, saudara Nizam. Setelah menerima info tentang keluarga ini, kami terus menerima sumbangan untuk disalurkan kepada keluarga Encik Fadil ini.
Lihat Video : http://www.youtube.com/watch?v=67IklGU5X3Y
Amir bersama Nurul Ain ( 3 tahun) dan Mohd Firdaus (2 tahun)
Berikut adalah info tentang keluarga Encik Fadil
Bilangan Ahli Keluarga: 4 orang ( Encik Fadil, isteri dan dua orang anak, 2 dan 3 tahun)
Info
Keluarga: Encik Fadil dan isteri merupakan OKU penglihatan, dimana
penglihatan mereka kurang dari 10%. Dua orang anak mereka juga
menghadapi masalah penglihatan.
Pekerjaan
Encik Fadil: Buat masa ini tiada, kerana mereka berhenti berniaga
gula-gula dan cokelat di kawasan LRT Bangsar semasa bulan Ramadhan.
No Tel: 017-3344561
Saya
agak kagum dengan semangat Encik Fadil yang ingin keluar dari kepompong
kemiskinan. Walaupun keadaannya yang mempunyai masalah penglihatan,
beliau masih berusaha untuk mencari jalan untuk menaikkan taraf
keluarga. Encik Fadil amat berminat untuk berniaga, dan kini sedang
berusaha untuk mendapat tapak berniaga di sekitar KL. Selain dari itu,
beliau juga mempunyai kemahiran untuk format komputer. Beliau
bercita-cita untuk mendapatkan sijil dalam bidang IT.
Encik Fadil bersama sumbangan daging qurban
InsyaAllah
pihak Muslim Aid Asia akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak
zakat supaya dapat membantu keluarga Encik Fadil untuk memulakan bisnes
baru. Pada yang mempunyai idea untuk membantu keluarga Encik Fadil,
boleh hubungi kami terus di 03-2288 1996
|