|
Sumbangan untuk mangsa banjir Pulau Pinang |
|
|
|
There are no translations available
Tarikh: 5 Oktober 2008
Lokasi: Sg Nibong, Pulau Pinang
Alhamdulillah, dalam kesibukan raya ini, En Muhammad bersama rakan-rakan saya di Pulau Pinang yang juga sukarelawan Muslim Aid Asia telah menyampaikan bantuan untuk sebuah keluarga miskin yang juga mangsa banjir baru-baru ini.
Mereka bermula jam 12 tengahari di Taman Pekaka, berkumpul di rumah kawan saya Hadi. Hadi dan abangnya Zali serta Tariq dan seorang lagi kawan dari UIA, Nazim. Setelah mendapat info tentang keluarga tersebut, mereka terus ke Tesco Extra Taman Pekaka untuk membeli keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, garam, milo, susu pekat dan tin sardin.
Tariq (Sukarelawan) bersama Mak Piah dan anaknya
Selepas membeli-belah di Tesco Extra Taman Pekaka
Di hadapan rumah MakPiah
Salah seorang anak Mak Piah
|