7hb Februari 2010 - Selepas program gotong-royong di ASDAF, En Muhammad terus ke Hutan Lipur Kanching untuk bersama dengan anak-anak pelarian Rohingya yang berkelah di sana. Sesi petang ini sememangnya sebagai persediaan untuk pertandingan futsal amal Siti Khadijah yang akan berlangsung di Futsal Frenzy Shah Alam 13 Mac 2010.
Latihan asas dan pemilihan pemain dijalankan untuk menentukan pemain terbaik untuk pasukan Rohingya. Perlawanan persahabatan juga diadakan menentang pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob (SMKDIY), yang kebetulan berada di situ. Keputusan berakhir dengan 4-4.
Latihan futsal akan diteruskan lagi setiap petang dan akan dilatih oleh saudara Rahman.
7hb Februari 2010 - Pagi ini selesai program gotong-royong Kitchen Garden dan kawasan sekeliling ASDAF. Sukarelawan yang merupakan pelajar dari Universiti Malaya (UM) dari jurusan TESL dan Kimia telah bersama-sama dengan anak-anak ASDAF dalam program gotong-royong ini. Pada sebelah petangnya pula, mereka terlibat dengan acara sukaneka dan sesi menjamu selera yang telah ditaja oleh para sukarelawan tersebut. Aktiviti ini merupakan salah satu dari kokurikulum pelajar-pelajar UM dalam subjek khidmat masyarakat.
Bertempat di Kampung Bagan Dalam, Butterworth, En Muhammad bersama sukarelawan Muslim Aid pergi meninjau lokasi projek untuk kelas Bahasa Melayu bagi pelarian Rohingya. Sukarelawan seramai 5 orang dari Institut Perguruan Pulau Pinang ini akan menjadi guru-guru kepada anak-anak pelarian Rohingya ini. 30 anak pelarian Rohingya telah dipilih untuk mengikuti kelas pertama anjuram Muslim Aid dengan kerjasama dari pihak UNHCR.
Kedatangan kami disambut oleh En Sabri dan En Nurul Islam yang merupakan antara individu Rohingya yang berpengaruh di Kampung Bagan Dalam. En Azmi yang merupakan orang Melayu tempatan turut bersama kami untuk menjayakan program kelas bahasa ini.
Pihak UNCHR juga turut hadir untuk melihat keadaan kelas dan juga telah menemuramah sukarelawan Muslim Aid dan juga wakil-wakil dari pelarian Rohingya. Kini kertas kerja untuk kelas Bahasa Melayu sedang diproses oleh UNHCR dan insyaAllah projek ini akan bermula bulan March. Dengan adanya kelas Bahasa Melayu ini diharap dapat memudahkan golongan Rohingya ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk menaikkan taraf hidup mereka. Sama-sama kita doakan agar projek ini berjaya.
Muslim Aid partners on the ground in Haiti have been working around the clock to deliver aid. Thanks to your generous donations we have already been able to make a difference to the people suffering in Haiti.
* Our Rapid Response team with Global Medic have been operational since last week. They have based operations at the Adventist University of Haiti, South West of Port-au-Prince.
* There are over 20,000 people seeking refuge within the grounds of the university, where the team have set up a water purification unit and have been distributing aquatabs.
* 30,000 people have had access to clean water now a fully functional water unit has been set up.
* Our team’s doctor is working at the Adventist hospital where there are currently over 500 patients with only 71-beds. The medical team have so far completed 10 amputations and water has been restored to the hospital.
* Our medics reported a story of a 9 year old girl who had to have her arm amputated without any anaesthetic; she was singing hymns to get through the pain.
* Support is still slow but it is coming through, the agencies are working around the clock.
There have been several strong aftershocks and there are reports of looting at night. There is not sufficient staff or medical supplies to treat the increasing influx of patients. This news has been further compounded by reports of even more unexpected devastation at the epicentre of the earthquake as estimates of fatalities have now reached a grim 200,000.
The people in Haiti are still desperately in need of your donations.
Donate now at CIMB 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) or via online . Kindly fax or email us your full name, contact number and mailing address for the receipt. You may contact our office at +603-22881996 for more info.
Muslim Aid, a international relief and development agency, has launched an emergency appeal to raise RM1,000,000 to support the victim’s of a devastating earthquake in Haiti. It made an emergency allocation of RM400,000 to provide much needed clean water, emergency shelters, medicines and food aid to the earthquake victims.
Haiti’s worst earthquake for two centuries has wrecked much of the capital and left it in darkness. The earthquake measuring 7.0 on the Richter scale struck about 10 miles south-west of the capital Port-Au-Prince. Population data suggests that the 1 million people who live in the area are severely affected with millions more potentially affected.
Muslim Aid is now assessing the situation on the ground with its partners who are already operational in Haiti and is urgently sourcing further information. Hamid Azad acting CEO of Muslim Aid UK expressed his concern remarking that “The earthquake is really devastating and especially unbearable for a country that has suffered so much deprivation. It is clear that the Haitian people will need a prompt emergency response from the international community to address their basic needs. We would like to send our deepest sympathy to the people of Haiti and urge our donors to come forward with generous donations to support the victims."
En Muhammad, wakil Muslim Aid, berkesempatan ke ASDAF untuk berjumpa dengan bro Yusuf Glanfield yang amat bersemangat untuk menjadi sukarelawan Muslim Aid. Kami mengenali bro Yusuf di Facebook apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan. Katanya dia mempunyai masa terluang pada hari Khamis dan Jumaat. Bro Yusuf Glanfield yang berasal dari Afrika Selatan ini bekerja sebagai tenaga pengajar di British Council. Dengan pengalaman yang ada padanya, dia ingin mengajar anak-anak ASDAF ini bahasa Inggeris. InsyaAllah setiap Khamis dan Jumaat, bro Yusuf akan mengajar anak-anak ASDAF bahasa Inggeris jam 3 hingga 4.30 petang.
Rabu, 23hb Disember 2009, program berkhatan untuk anak-anak yatim dan miskin Rohingya sudah
selamat dijalankan di Poliklinik Zainee, Jln Sg Tua Batu Caves. 20
anak-anak kecil ini telah dikhatan dengan selamat. Proses berkhatan
dijalankan sendiri oleh Dr Zainee, iaitu pemilik Poklinik Zainee.
Program bermula jam 9 pagi dan selesai jam 9 malam. Menurut Dr Zainee,
proses khatan akan mengambil masa 30 minit dan kebanyakan anak Rohingya
ini berdisiplin dan mudah untuk dikhatankan.
Turut hadir di
program berkhatan ialah pengurus pembangunan projek Muslim Aid iaitu En
Muhammad dan En Amir yang juga dari Muslim Aid. Ustaz Hashim dan
beberapa cikgu dari Madrasah Hashimiah juga turut hadir untuk memberi
sokongan kepada anak-anak Rohingya. Program berkhatan ini akan menjadi
program tahunan dan akan dirancang bagi tahun hadapan.
Komen gambar-gambar ini di Facebook/Comment this photo at Facebook:
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan menaja
anak-anak yatim miskin Rohingya berkhatan. 20 orang anak-anak Rohingya terpilih
berumur antara 5-8 tahun. Program berkhatan ini akan dijalankan di sebuah
klinik di Selayang.Ustaz Hashim
yang merupakan wakil dari komuniti Rohingya di Selayang mengucapkan terima
kasih kepada penderma-penderma Muslim Aid yang prihatin terhadap keperluan
mereka.
Rakan Muslim Aid, Pyanhabib
bersama Ramli Sarip menjual Kalendar Kalimah At-Tayibbah sempena Malam Puisi
Riong Berita Harian pada hari Jumaat, 11 Disember 2009 yang baru lalu.
Hasil jualan kalendar
berkenaan akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk
membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan di Malaysia.
Kita semua tahu bahawa seseorang sah menjadi Muslim dengan
membaca satu rangkaian kalimat : “LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH - TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN ALLAH”.
Dengan ungkapan kata yang disebut kalimah syahadah ini,
seseorang mengalami perubahan yang besar dalam dirinya. Mengucap dan
mempercayai serta memahami kalimah ini akan menjadikan seseorang itu Muslim
yang sejati.
Kini, melalui penerokaan digital, Kalimah Tayyibah ini
ditampilkan dalam karya-karya khat nan indah, yang dihasilkan oleh Ismail Md
Zain dengan kerjasama Muslim Aid Asia untuk dijadikan kalender 2010.
Bersesuaian dengan rekabentuk dan kesan digital warna serta corak yang
harmoni, setiap paparan imej At-Tayyibah ini sangat sesuai dijadikan hadiah
kepada saudara-mara atau rakan demi untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Ianya juga amat sesuai dijadikan sebagai alternatif untuk hiasan dalaman rumah
kita.
Kutipan dari jualan setiap kalender (30cm x 45cm) yang berharga RM 15.00
ini akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk
membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan khususnya di
Malaysia disamping mengurangkan penderitaan saudara seagama kita diseluruh
dunia.
Alangkah bertuahnya kita dimurahkan rezeki untuk bersedekah
dan betapa besarnya anugerah Allah kepada kita semua. Dia mengambil dari kita,
apa yang sebenarnya adalah milik-Nya sendiri, tapi Dia mengatakan ; “Aku beli
ini daripadamu dan Aku akan membayar harganya”.
Allahu Akbar! Maha Besar Allah! Alangkah Maha Pemurahnya
Dia! Al-Quran mengatakan :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Muslim,
diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Al-Taubah 9:111)
Pada 13hb November 2009 yang lepas, wakil Muslim Aid, En Muhammad telah ke Terengganu untuk program
khidmat masyarakat dan bantuan food aid Qurban For Life
untuk keluarga miskin dan mangsa ribut di Kampung Saujana, Setiu.
Pasukan sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Ghani bersama 30 orang
pelajar dari SMK Sultan Ismail I telah terlibat dengan program ini.
Pada sebelah paginya, pasukan sukarelawan telah gotong-royong baik
pulih Masjid Kampung Saujana dan pada sebelah petangnya pula pengagihan
food aid Q4L kepada mangsa
ribut dan keluarga miskin. 20 buah keluarga telah mendapat bantuan, dan
setiap keluarga menerima sekotak daqing qurban Q4L yang setiap kotak mengandungi 24 tin.
“ Reducing global poverty is
an international priority. By managing the dispensation of aid efficiently
and productively in line with the ideals of Islam, Muslim Aid Asia
aims to set the standard...
'to download-right click on picture and "Save this image as."'
During the 1429H season, Muslim Aid delivered RM1,370,200.00 worth of Qurban FoodAid.
...
Alhamdullilah... Kemurahan hati anda telah membolehkan rangkaian MUSLIM AID mengagihkan sumbangan QURBAN bernilai RM7,242,900.00 disamping bantuan-bantuan lain bernilai RM12,585,413.00 sejak 4 musim y...
“Our ultimate aim is to create
self-sufficient and independent communities, which will break the
vicious cycle of dependence on external and short term aid”
...
Terima kasih dari pekerja-pekerja CIMB Bank (Credit Collection-Auto Finance) Jalan P.Ramlee kerana dengan berkat usaha mereka dapat mengumpulkan sejumlah wang untuk Qurban For Life. Sebanyak 8...
Ibadah Qurban yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia pada Hari Raya Qurban yang lalu boleh dikatakan menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 448 orang. Kambing yang dipilih adalah yang terbaik dan cukup...
Muslim Aid Australia has been organising Qurban since 1989 on behalf of donors, for distribution as FoodAid to the world’s needy. Each recipient country’s needs and logistics will be ass...
Hukum ibadat qurban adalah sunat mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu dan makruh jika tidak melakukannya. Antara fadhilat melakukan qurban ini, kita dapat menambahkan amal...